X-wing

Incom T-65 X-wing menjadi simbol kehebatan kor pesawat pejuang Perikatan Pemberontak .  Kesan-kesan dari pertempuran boleh dilihat pada badan pesawat X-wing yang telah lama berkhidmat dalam kor pesawat pejuang ini.  Kesan-kesan ini membuktikan ketahanan dan kelasakan X-wing sebagai pesawat pejuang paling hebat.

Panjang X-wing adalah 12.5 meter.  Mempunyai bentuk tirus di bahagian hadapan dengan 4 enjin berkuasa tinggi dibahagian buritan pesawat.  Pada setiap enjin, dipasang sayap S-foil yang aerodinamik.  Sayap ini bukan saja berfungsi untuk menstabilkan pesawat semasa meluncur di udara, ia juga membekalkan tenaga untuk Perisai Pemesong (Deflactor Shield)  disamping senjata yang dipasang pada hujung setiap sayap.  Biasanya, lambang skuadron dan juruterbang dilukis di atas permukaan sayap ini.

Modul kokpit pesawat X-wing terletak di bahagian tengah, antara muncung pesawat dengan buritan.  Di belakang kokpit pula terdapat soket astromech.  Droid astromech akan membekalkan data pengemudian kepada juruterbang, juga bertindak sebagai pembantu juruterbang dan juruteknik semasa penerbangan.

Pesawat pejuang X-wing menjadi senjata utama pihak Perikatan bila pihak Empayar Galactic bertindak mengambil alih Incom Corporation.  Pekerja teknikal dan pembekal kepada Incom Corporation secara rahsia menyokong perjuangan pihak Perikatan Pemberontak, dan semasa satu serangan oleh pihak pemberontak, mereka telah sepakat untuk berpaling tadah dengan membawa bersama prototaip pesawat X-wing yang sedang dibangunkan untuk pihak Empayar GalacticX-wing mempunyai reputasi sebagai pesawat yang tahan lasak, laju dan senang dikawal.  Untuk mengatasi ancaman pesawat pejuang X-wing yang digunakan oleh perikatan pemberontak ini, pihak Empayar Galactic telah merekabentuk TIE Interceptor untuk menyaingi kehebatannya.  Pesawat X-wing merupakan pesawat pejuang utama bagi pihak Perikatan sepanjang Perang Saudara Galaksi.

This entry was posted on Friday, August 29th, 2008 and is filed under Artikel Star Wars, Pesawat Star Wars. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Links

Archive

Star Wars Bloopers

Star Wars: The Clone Wars Trailer