Sejarah Sith
Sith adalah kumpulan pengamal Tenaga (the Force) tetapi memilih jalan gelap sebagai sumber kuasa mereka. Mereka ini digelar Sith Lord atau Lord Of the Sith. Sith dan Jedi adalah 2 kumpulan yang bermusuhan selama beribu-ribu tahun.
Sith bergerak secara berpasangan - seorang Guru (Master) dan seorang Pelatih (Apprentice). Walaupun asalnya bukan begitu, tetapi dibawah Doktrin Pemerintahan Sith yang baru, cuma dibenarkan dua Sith Lord saja wujud pada satu-satu masa. Doktrin ini diperkenal dan dilaksanakan oleh lagenda Sith Lord bernama Darth Bane. Tujuan Bane memperkenalkan doktrin ini adalah untuk mengelakkan kemusnahan sith disebabkan perebutan kuasa yang menjejaskan Pemerintahan Sith selama beberapa millenia. Dengan sistem baru ini, Dark Lord Master diwariskan kepada generasi berikutnya dengan cara yang pelik dan ganas.
Setelah bertahun-tahun bergandingan bersama, Sith Lord Apprentice akan membunuh Sith Lord Master bilamana ia menghidu peluang untuk menjadi Sith Lord Master. Sith Lord Master yang baru ini akan melatih Apprentice-nya sendiri. Sekiranya Sith Lord Apprentice ini gagal membunuh Master-nya, maka nyawanya sendiri akan melayang dan dalam keadaan ini, Sith Lord Master yang lama akan mencari dan melatih Apprentice baru. Kaedah peralihan kuasa ini secra tak langsung memastikan cuma Sith terkuat akan terus berkuasa.
Tidak seperti Jedi yang menggunakan nama mereka sendiri, Sith Lord menggunakan gelaran bermula dengan Darth (sebutan Aurabesh purba untuk “dark” atau “Gelap”) dan diakhiri dengan nama pilihan mereka sendiri seperti Darth Vader atau Darth Stuffo. Walaupun pada asalnya sistem nama ini tidak wujud, ianya mula digunakan oleh Sith Lord untuk menyorokkan identiti sebenar.
Seperti Jedi, Sith juga mahir dalam seni pertempuran pedang cahaya (lightsaber). Ramai antara pemain pedang lagenda adalah Sith Lord. Antara nama yang terkenal adalah Darth Maul. Maul sangat tangkas menggunakan pedang cahaya dua mata yang dibuat sendiri, dan dengan mudah boleh bertempur dengan beberapa Jedi dalam masa yang sama.
Dalam pemerintahan Jedi, setiap Jedi pelatih akan mengembara untuk mendapatkan Kristal Illium untuk membina pedang cahaya mereka. Kembara ini adalah antara upacara yang perlu dilalui untuk melengkapkan latihan mereka. Hasilnya, pedang Jedi dapat dilihat dalam pelbagai warna, bergantung kepada warna kristal yang mereka jumpa dan gunakan untuk membuat pedang.
Tiada upacara begini bagi seorang Sith. Sith menggunakan Kristal Sintetik untuk membina pedang cahaya. Kristal Sintetik ini menjimatkan perjalanan Sith untuk mencari Kristal Illium. Inilah sebabnya kenapa pedang cahaya Sith berwarna merah.
Selepas beribu tahun dan beberapa peperangan, Sith Lord yang lebih moden telah menggunakan penipuan dan helah daripada bertempur secara berdepan dengan pemerintahan Jedi. cara yang digunakan ini telah berjaya menghapuskan sama sekali Pemerintahan Jedi dan Sith Lord telah mengambil alih galaksi dengan kebangkitan Empayar Galaksi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.