Pertempuran Coruscant

Pertempuran Coruscant pada 19 BBY adalah peristiwa terpenting dalam peperangan klon.  Palpatine merasakan yang Jedi Order sudah mula mensyaki beliau dan identiti sebenarnya sebagai Sith Lord Darth Sidious semakin hampir diketahui, mengarahkan pelatihnya, Count Dooku yang mengetuai Konfederasi Sistem Bebas untuk mengatur penculikan beliau.

Tentera Konfederasi pimpinan Jeneral Grievous melakukan serangan mengejut ke atas Coruscant menyebabkan pertahanan Republik menjadi kelam kabut.  Angkatan perang Konfederasi telah memusnahkan beberapa kapal perang pertahanan Coruscant, kemudian mendarat dan melancarkan serangan ke atas planet ini.  Pada masa yang sama, Grievous dan beberapa droid elit Magnaguard telah mendarat di planet Coruscant secara rahsia.  Kumpulan ini bergerak menuju ke kubu rahsia Cancelor Palpatine untuk misi menculik.  Dihalang oleh beberapa kumpulan askar klon dan pahlawan Jedi yang ditugaskan menjaga keselamatan Canselor Palpatine, Grievous berjaya mengalahkan mereka termasuk beberapa pahlawan Jedi terbunuh.  Censelor Palpatine berjaya diculik dan dibawa menaiki kapal induknya, Invisible Hand dimana Count Dooku menunggu. 

Bagaimanapun, mereka tidak berjaya meninggalkan ruang angkasa Coruscant kerana dengan kedatangan pasukan tambahan tentera Republik.  Kedua-dua pihak bertempur dan saling menyerang antara satu sama lain.  Dua pahlawan Jedi, Obi-Wan Kenobi dan Anakin Skywalker menyertai pertempuran ini dan ditugaskan untuk menyelamatkan Censelor Palpatine yang diculik.  Mereka berjaya menyusup masuk ke dalam Invisible Hand.  Berlaku pertarungan Light Saber satu lawan satu antara Anakin dan Dooku yang berakhir dengan kematian Dooku di tangan Anakin Censelor Palpatine berjaya dibebaskan tetapi mereka telah dikepung dan ditangkap oleh askar droid GrievousObi-Wan dan Anakin terpaksa pula bertarung dengan Magnaguard Jeneral Grievous untuk melepaskan diri.  Mereka berjaya menewaskan Magnaguard dan memaksa Greivous lari meninggalkan kapal induk tersebut.  Akhirnya pasukan tentera pemisah Konfederasi terpaksa berundur setelah kehilangan banyak kapal perang mereka.  Censelor Palpatine berjaya diselamatkan.  Apa yang tidak diketahui oleh para Jedi adalah serangan keatas Coruscant ini adalah rancangan Palpatine, dan beliau sebenarnya sedang menguji dan mempengaruhi Anakin Skywalker yang dianggap sangat sesuai untuk menggantikan Count Dooku sebagai pelatihnya.

This entry was posted on Wednesday, August 27th, 2008 and is filed under Artikel Star Wars. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Links

Archive

Star Wars Bloopers

Star Wars: The Clone Wars Trailer