Palpatine AKA Darth Sidious
Palpatine juga dikenali sebagai Darth Sidious merupakan Canselor terakhir Republik Galaksi dan Maharaja pertama Empayar Galaksi. Beliau dianggap sebagai Dark Lord of the Sith yang paling berkuasa dalam sejarah Sith. Palpatine berjaya menubuhkan Empayar beliau dengan mengatur rancangan yang begitu teliti sekali, dimulakan dengan Peperangan Klon - konflik besar-besaran galaksi yang telah meragut berbilion jiwa. Palpatine sendiri mengetuai Republik Galaksi, dan dalam masa yang sama secara rahsia turut mengetuai Konfederasi Sistem Bebas. Beliau dengan sengaja merancang konflik ini terus berpanjangan untuk mendapatkan lebih kuasa eksekutif dari Senat.
Di kemuncak kuasanya sebagai Canselor, Palpatine telah membubarkan Republik dan menggantikannya dengan Empayar Galaksi pertama dan beliau sendiri menjadi ketua. Langkah ini telah memberikan Palpatine kuasa penuh keatas rakyatnya dan beliau telah berjaya menubuhkan angkatan tentera yang paling berkuasa pernah pernah wujud di galaksi. Selama 19 tahun Palpatine memerintah tanpa banyak tentangan yang boleh mengugat Empayar Galaksi sehingga beberapa bekas senator Imperial dan Republik yang tidak berpuas hati menubuhkan satu perikatan untuk mengembalikan Republik. Perang Saudara Galaksi ini berlarutan beberapa tahun, tetapi pada 4 ABY, Palpatine telah terkorban ditangan Darth Vader @ Anakin Skywalker, Sith apprentice beliau semasa Pertempuran di Endor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.