Obi-Wan Kenobi

Obi-Wan Kenobi juga dikenali sebagai Ben Kenobi adalah lagenda pahlawan Jedi yang memainkan peranan penting dalam sejarah Republik Galactic.  Dia telah berjaya membunuh Darth Maul dan Jeneral GrievousObi-Wan bertanggungjawab melatih Anakin Skaywalker yang telah berjaya membunuh Count Dooku atau Darth Tyranus sebelum Anakin berpaling tadah kepada Darth Sidious sebagai Darth Vader.  Beliau juga adalah orang yang pertama memberi latihan asas Jedi kepada Luke Skywalker yang kemudian menyambung latihan dengan Yoda.  Pertembungan antara Luke, Vader dan Maharaja Palpatine atau Darth Sidious telah membawa kepada kematian Darth Sidious dan Darth Vader.

Obi-Wan Kenobi menerima latihan Jedi dari Master Yoda dan Qui-Gon Jinn.  Pada 32 BBY, Obi-Wan Kenobi menjadi pahlawan Jedi pertama selepas 1,000 tahun, mengalahkan Sith Lord dalam pertempuran bila dia berjaya membunuh Darth Maul semasa Pertempuran Theed Kedua.  Kemudiannya, Obi-Wan telah bertarung dengan Darth Vader (Anakin yang telah berpaling tadah kepada Darth Sidious) di planet Mustafar, menyebabkan kecederaan teruk kepada Darth Vader.  Vader kehilangan kedua kaki dan tangannya dalam pertempuran ini.  Bagaimanapun Obi-Wan tidak membunuh bekas Padawannya ini, sebaliknya meninggalkan Vader terdampar di tebing sungai lahar di Mustafar dalam keadaan nazak (Vader kemudian diselamatkan oleh Darth Sidious).

Obi-Wan merupakan antara ahli Majlis Tertinggi Jedi di penghujung era Republik Galactic, juga salah seorang Jedi yang terselamat semasa Kempen Penghapusan Jedi.  Beliau adalah pakar Seni Pertempuran Lightsaber Peringkat Ketiga, Soresu.  Mememgang jawatan Jeneral Tertinggi untuk Republik Galactic semasa Peperangan Klon dan mendapat gelaran “The Negotiator” kerana sifatnya yang tenang.

This entry was posted on Thursday, August 28th, 2008 and is filed under Watak Star Wars. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Links

Archive

Star Wars Bloopers

Star Wars: The Clone Wars Trailer