Jedi Knight Dan Sith Lords
Untuk beberapa millennia, Jedi Order memainkan peranan sebagai pelindung keamanan seluruh galaksi menggunakan The Force yang mereka miliki. Seorang Jedi percaya bahawa anugerah Force tersebut dimiliki dan digilap melalui pertimbangan, tafakur dan jiwa yang tenang. Dengan disiplin untuk kekal tenang dalam apa juga situasi disekeliling mereka, seorang Jedi akan dapat mencapai dan terus menggunakan Force tersebut.
Bagi seorang Jedi, Force ini perlu digunakan dengan penuh penghormatan dan tanggungjawab. Mereka menganggap kewujudan Force didalam diri mereka adalah untuk membuat kebaikan. Mereka terikat dengan Kod Jedi yang sangat ketat berdasarkan disiplin, pengabdian dan pengawalan diri. Cuma sebilangan kecil sahaja yang berjaya menjadi Pahlawan Jedi (Jedi Knight), dan cuma sebilangan kecil dari pahlawan jedi ini mencapai tahap Jedi Master.
Sith pula telah berjaya mempelajari dan menggunkan Force tersebut dalam kaedah yang berlawanan dengan apa yang dipelajari dan diamalkan oleh seorang Jedi. Berbeza denga Jedi yang mencapai kuasa Force melalui tafakur dan ketenagan jiwa, Sith pula mencapai kuasa Force tersebut melalui emosi terlampau. Dengan membenarkan perasaan marah dan takut menguasi diri, Sith dapat menggunakan emosi sebagai saluran untuk mencapai kuasa Force tersebut.
Salah faham biasa adalah mengatakan bahawa seorang Sith mencapai Force tersebut melalui kejahatan dan mengatakan Sith Lord secara otomatik adalah Jahat. Ini adalah kurang tepat. Sebarang emosi yang terlampau boleh mencapai The Force. Intipati kuasa seorang Sith adalah Nafsu, bukan kejahatan. Nafsu boleh wujud dalam bentuk kasih sayang atau kegembiraan seperti juga ia wujud sebagai kemarahan atau kebencian. Walau bagaimanapun, seorang sith secara tipikalnya adalah jahat kerana mereka dibutakan oleh nafsu dan dirosakkan oleh kuasa yang mereka perolehi dari Force tersebut.
Inilah satu lagi kenyataan yang membezakan Jedi dan Sith. Sith menganggap kebolehan mencapai Force tersebut sebagai satu kelebihan dan percaya ianya boleh digunakan mengikut kehendak mereka kerana mereka mempunyai kuasa melakukannya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.